Saturday, March 21, 2009

Minggu lepas di Utara minggu ini di Selatan

Aku rasa agak lama aku tak update blog aku ni. Sudah sampai 3 minggu lamanya. Agak kekok juga untuk aku menaip sebab sudah lama tak menaip dan sudah tak ada idea. Aku tak tau nak taip apa. Yang aku tau, aku sekarang berada di Masai, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah aku. Kepada kamu, aku sudah sampai di sini. Aku harap hari esok aku akan selamat sampai ke tempat asal aku. Kamu doakan saja tiada apa yang berlaku pada aku esok hari.

Berbalik kepada Masai. Pada aku, tiada apa pun yang menarik perhatian aku di sini melainkan 2 benda menarik di hotel yang tak aku tahu berapa bintangnya. Yang bestnya semua saudara mara aku akan bermalam di hotel ini. Aku jangka malam ini akan riuh la hotel ni dengan gosip2 liar yang akan dilemparkan oleh mereka. Mungkin ya mungkin tidak. Kita lihat sahaja suasana di hotel ini pada malam hari nanti. Ke'best'an yang kedua, aku dan rakan serumah aku merangkap sepupu aku boleh melayari alam maya selama mana yang kami mahu. Ada wifi dan kami duduk sebilik. Agak2 apa akan jadi antara aku dgn rakan sebilik aku ni?
*rakan sebilik aku sedang tidur ketika ini. Satu pesanan ringkas untuk dia. Mengalah saja. Orang mengalah selalunya menang. V kan ada. Mungkin V 18 ratus kali lebih hebat dari mereka yang lain.*

Perjalanan aku jauh lagi minggu ni. Nak kata aku bercuti, boleh la dikategorikan bercuti. Minggu lepas aku ke belah Utara iaitu Penang. Seperti dilihat entri aku di bawah entri ni, Vermillion akan beraksi di Penang. Tapi itu semua tak menjadi kenyataan. Nama saja tertulis pada flyer di bawah ni. Harapan kami hancur untuk beraksi di sana disebabkan ketidak siuman dan kesengetan otak organizer gig tersebut yang tidak sepatutnya berada di kepala dia. Otak dia seharusnya di tempatkan dikepala lutut dia. Paling tidak pun dikeluarkan otaknya dan dipijak beramai2 untuk memberi kesan yang lebih mendalam dan menusuk kalbu. Setelah aku mengeluarkan kuasa super saia aku kepada organizer tersebut, aku dan ahli kugiran beserta crew2 kugiran aku yang lagi satu pun beredar dari tempat dan memangkah serta merta bayangan rupa organizer yang tak berguna. Kami menganggap perjalanan ke Penang hanyalah satu percutian untuk kami yang otaknya berat dengan bermacam masalah masing2. Dan aku dapat bergembira bersama kekasih hati aku kerana dia pun ada sekali. Ya! Aku sangat gembira! Pertama kali aku dan kekasih hati aku berjalan sampai ke Penang. Tapi bukan berdua sahaja. Bersama ahli2 kugiran aku yang lain juga.

Kalaulah aku tau perkara macam ni akan berlaku, aku ikut saja kekasih hati aku ke Food Festival yang bertempat di Indoor Sport Arena (PISA), Pulau Pinang, yang mempamerkan berbagai jenis makanan, pertandingan dan macam2 lagi. Sungguh aku tak dapat bayangkan betapa enaknya makanan2 di sana. Tapi apa boleh buat. Bukan aku yang menentukan perkara begini bakal dan akan berlaku.

Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku ketika kami dalam perjalanan ke Ijok, Kuala Selangor untuk ke rumah salah seorang ahli kumpulan kugiran aku. Kereta crew kami terbabas dan terus naik ke atas pembahagi jalan. Kawasan di situ memang gelap. Tiada lampu. Tapi alhamdulillah tiada nyawa yang melayang. Nasib baik kereta tersebut tidak terbalik. Kejadian berlaku betul2 di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan Sabak Bernam tak silap aku. Itulah dia bahana yang kami dapat. Tak tahu mana silapnya. Tunggu punya tunggu punya tunggu sehingga lebih kurang 3 jam, akhirnya lori angkat kereta pun sampai. Lega......

Jadi, apa yang dapat aku pelajari dari semua yang berlaku ni, hanyalah berhati2 bila mendapat ajakan dari mana2 organizer, sentiasa berhati hati di jalan raya, Dan...bercuti bersama kekasih hati sangat BEST!

*gambar akan di upload tidak lama lagi... ^_^