Thursday, February 26, 2009

Stop Israel di Penang



Vermillion akan bertemu dengan orang2 Penang tidak lama lagi. Sesiapa orang Penang sila la saksikan kami dan band2 yang lain beraksi. Datang beramai ramai memeriahkan lagi majlis ni. Orang dari negeri lain pun boleh datang. Tapi, kenderaan, tol, minyak, makan, minum, tempat tinggal dan lain2 adalah sendirian berhad. Harap maklum. :D

~Pakat mai ramai2..!~

Tuesday, February 24, 2009

Selangor vs MyTeam


Aku pun tak ingat bila perlawanan ni berlangsung. Dah seminggu yang lepas kot. Tapi seingat aku pasukan Selangor asyik kasi bola kat angin je. Pastu asyik pas bola kat pihak lawan. Bosan sungguh perlawanan kali ni. Bazirkan duit aku je walaupun harga tiket RM 10. Dah la depan kami ni ada sorang mat saleh. Tah apa la yang dia kutuk dalam hati dia agaknya eh. Dari apa yang aku perhatikan, dari raut wajah dia macam tak sabar untuk keluar dari stadium shah alam tu dengan sepantas kilat. Aku tengok muka dia dah naik bosan dah tengok pasukan2 Malaysia ni main bola. Siap menguap banyak kali lak tu. huh!

Dengan melihat riak wajah kami dalam gambar ni pun dah nampak yang perlawanan kali ni bosan tahap cipan sampaikan rakan kami merangkap jurukamera yang bertauliah menangkap gambar kami dari tepi padang ketika menunggu satu jaringan gol dari pasukan Selangor. Tapi hampeh je aku tengok. Banyak yang hampir2 masuk je tapi tak masuk2 jugak. Haih la Selangor! Selangor lawan Perlis hari tu lagi best aku rasa. Walau macam mana pun aku tetap support Selangor kot..huhu...

Masa ni jugak la untuk aku gembirakan hati aku yang tengah duka lara masa tu. Nampak je senyum lebar macam kerang busuk. Nampak je muka macam tak ada masalah. Tapi aku dan dia je tau apa yang terjadi pada petang hari tu. Sangat pedih jugak. Ni je cara untuk aku tergelak besar dengan menonton perlawanan yang tah apa2 ni.




Apa2 pun kami buat2 gembira je setelah pasukan Selangor kalah ditangan pasukan MyTeam. Boleh tahan jugak permainan pasukan MyTeam. Ni la muka2 yang tak puas hati. Emosi aku lagi bertambah masa ni.

Lepas ni aku aku rasa la, stadium shah alam lagi ramai dari sebelum2 ni. Sebab apa? Sila rujuk bintang di bawah.

*Kita nantikan ~ Selangor vs Kelantan ~ tidak lama lagi.....

Amacam?? hehe...

Monday, February 16, 2009

KOTA SEMUT

Aku dan kwn2 aku mencadangkan untuk mewujudkan kota semut kepada pensyarah kami. Tu baru cadangan tapi tak tau lagi diluluskan oleh kerajaan ke tak. Kami bersengkang mata untuk menyiapkan model ni. Rasa macam jadi arkitek pulak tapi arkitek menggunakan bahan2 yang lebih detail dari bahan2 kami ni. Nampak sempoi je barang2 yang kami guna tapi masa untuk menyiapkan model hanya dalam masa 3 hari macam tu. Dia punya letih jangan cakap. 2 hari jugak la aku tak tidur.






Ni la dia benda yang membuatkan kami tak tidur malam. Nampak je senang nak buat kan? Nampak je macam tah apa2 tah kan? Tapi nak buat benda ni sangat la susah. Aku terpikir arkitek2 yang kat luar sana macam mana diorang buat model2 yang susah2. Gila la! Kami pun merangkak rangkak nak buat benda ni dengan hanya menggunakan pencunkil gigi, span basuh pinggan, tanah liat, surat khabar, kertas keras, tanah, pasir, batu dan macam2 lagi. Tapi agak menyeronokkan jugak nak buat model ni. Selama dlm proses buat ni memang ada tekanan tapi cuma sedikit. Lawak jenaka dan gelak ketawa menjadikan kami lebih semangat untuk menyiapkan model ni. Dan yang paling penting ianya dapat mengeratkan lagi sillaturahim antara kami berlima.

Benda ni untuk presentation kami dalam subjek Attraction Management sebenarnya. Jangan harap la kerajaan nak tengok benda2 yang tak munsabah macam ni. Ni cuma khayalan kami semata mata. Beyond an expectation. Tu la yang pensyarah kami mahukan. Ni la jadinya gabungan pemikiran yang karut marut pelajar seramai 5 orang. Tapi kami sangat berbangga dengan diri kami sebab dapat menyiapkan model ni cuma selama 3 hari dan tak tidur selama 2 hari. Dan kumpulan kami dengan kumpulan lagi 1 yang mencadangkan dunia peperangan paintball adalah 2 kumpulan yang paling terbaik dari 5 kumpulan dalam menghasilkan khayalan karutan sendiri. Amacam? hehehe....

Jadi, sesiapa yang rasa 1 universiti dengan aku. Yang sedegree dengan aku dan yang sejurusan dengan aku, bersiap sedia la dengan semester akhir yang akan korang tempuh. Tambah lagi dengan subjek Attraction Management. Turn korng pulak la yang jadi macam kami. hehehehe.... ^_^

Wednesday, February 11, 2009

Aku tertekan kerana.....

BELAJAR

Semester akhir ni membuatkan aku lebih tertekan. Assignment sangat banyak. Minggu ni kena submit semua. 5 assignment tambah 1 lagi yang bakal menjelma dalam benak otak aku ni. Makin nak habis belajar makin sakit otak aku yang dah sedia sakit ni. Dengan memikirkan tentang tempat untuk aku melatihkan diri di alam pekerjaan iaitu latihan industri. Tambah pula peperiksaan akhir yang tak lama lagi akan berlangsung. Paling aku tak sabar untuk mengakhiri proses pembelajaran aku.

DUIT

Semester akhir ni juga membuatkan aku kehilangan banyak duit untuk melengkapkan lagi kerja2 sekolah aku ni. Kena bayar tu kena bayar ni. Tambah pula aku mempunyai kenderaan sendiri. Dah semestinya memerlukan cecair yang boleh membuatkan kenderaan bergerak. Dari dulu aku nak kerja sambilan di mana2 saje untuk mendapatkan duit lebih. Tapi bila aku sedang beriya, masa tu la kerja sekolah aku tiba2 bertimbun banyaknya. Susah bagi aku untuk bahagikan masa kerja dan belajar. Akhir sekali, hangat2 taik ayam je.

"PLEASE"

Ni la perkataan yang boleh buat aku tertekan juga. PLEASE atau TOLONG. Along aku kata "please habiskan belajar tahun ni jugak". Mami aku kata "tolong (please jugak kan?) jangan hampakan mami abah". Abah aku kata "please belajar rajin2. Study hard ye dik". Lecturer aku kata "please jawab soalan betul2. Kalau gagal rugi je dan awak dah banyak habiskan duit mak bapak awak". Kawan aku kata "please datang aku kahwin". Kawan aku yang lain kata "please datang aku bertunang". Dan banyak lagi please...please...please...please...please...sampaikan aku pun terikut guna perkataan ni. Argh!

CINTA

Mungkin juga. Apa yang aku harapkan tak kesampaian. Sekarang aku tak mengharapkan apa lagi. Aku cuma boleh bersabar, tersenyum dan tenang. Cuba untuk belajar memahami dia. Cuba untuk belajar tidak menjadi seorang yang keras kepala dan degil. Cuba untuk turuti kata2 dia. Cuba untuk tidak berputus asa. Cuba untuk lebih berfikiran positif dan cuba untuk mempertahankan hubungan. Tapi, apa maksudnya dengan bertolak ansur? Cuma aku takut sekiranya aku sudah berputus asa.

DIRI SENDIRI

Aku dapat merasakan yang aku banyak menyusahkan orang2 di sekeliling aku terutama sekali abah mami aku yang semakin lanjut usia mereka. Aku sudah banyak menyusahkan mereka selama aku hidup dalam dunia ni. Mereka mengarapkan aku untuk menjadi manusia yang lebih berguna. Mereka ingin melihat aku mengakhiri zaman bujang aku sebelum mereka pergi. Yela, dengan usia aku yang dah makin meningkat ni.


*Hati aku sekarang sudah menjadi hati batu. Dah tak heran apa nak jadi dengan aku dan sekeliling alam ni. Aku dah letih dan penat untuk aku memikirkan tentang apa yang sudah, sedang dan bakal terjadi. Banyak tekanan yang mungkin bakal aku tempuhi. Jadi, aku cuba untuk kebalkan diri aku untuk aku tempuh apa saja yang bakal mendatang. Aku cuba untuk menjadi seorng yang lebih bersabar.

Saturday, February 7, 2009

Simpang Neraka

Pada mulanya ianya hanyalah satu perbualan kosong tentang simpang neraka ni. Satu perbualan antara aku dan orang baru yang aku kenal. Aku kata pada dia "best buat tajuk lagu ni". Aku pun terpikir. Memang menarik.

Itu cerita pada awalnya. Sedang berbual rancak dengan dia melalui alam maya, mata aku tiba2 berat. Bak kata Pie kat Samsul ghau gahu dengan cara berkias menghalau Samsul dalam cerita Soal Hati, "wargh! ngantuk la. macam ada gam mata ni". Lebih kurang macam tu la dialog tu. Dia berkata dengan loghat Penang dia. Aku pun tutup laptop aku dengan harapan dapat tidur dengan aman dan mimpi yang indah2.

Elok saje aku melabuhkan mata aku, tiba2 aku rasa macam panas semacam. Aku tersedar tapi aku tak buka mata. Cuma kerutkan dahi je. Aku fikir aku nak demam. Aku pun biarkan je. Aku sambung melayari bahtera lena diulit mimpi.

Tiba2 aku terjaga. Tapi aku bukan berada dalam bilik aku. Aku berada di satu tempat yang mempunyai 3 simpang sempit. Aku berjalan dan berhenti di simpang yang pertama. Simpang pertama ni sangat cantik sebab tepi2 tu ada bunga2 yang cantik2. Wangi pulak tu. Bau bunga. Suasan simpang tu macam dekat taman bunga siap ada rama2 lagi. Aku terpegun. Tapi aku tak masuk simpang tu. Aku teruskan perjalanan untuk menuju ke simpang yang kedua.

Aku berhenti di simpang kedua. Aku berdiri di hujung simpang tu dan melihat dari jauh macam mana pula suasana dan keadaan simpang kedua ni. Simpang kedua ni agak suam2 kuku sikit. Samar2. Malap je aku tgk. Apa yang ada dalam tu hanyalah sebuah pondok buruk yang hampir roboh dan pokok yang sgt besar. Tiba2 bulu roma aku tegak. Menggigil kesejukan sebab angin sepoi2 bahasa lalu. Dgn kabus yang tak berapa nak tebal. Aku kecilkan mata aku untuk melihat dengan lebih jelas suasana simpang tu. Memang nyata cuma ada pondok buruk dan pokok besar tu saje. Aku tak masuk juga ke simpang tu. Aku teruskan perjalanan untuk menuju ke simpang ketiga iaitu simpang terakhir.

Sesampai je ke simpang yang terakhir ni, suasananya sangat gelap dan sangat menakutkan. Apa yang aku nampak cuma satu pokok besar yang sudah tamat riwayatnya. Tiada daun dan cuma ranting saje yang tinggal. Aku berdiri hujung simpang. Terbeliak mata aku tengok di hujung sebelah sana yang sangat jauh, aku ternampak timbunan api yang sangat besar dan seseorang sedang berdiri dihujung sana seperti menjaga pintu masuk dan seperti menunggu sesiapa untuk masuk ke dalam sana. Tiba2 tergerak hati aku nak ke sana. Aku pun pelik. Dengan secara automatiknya kaki aku masuk ke simpang tu tanpa rasa takut dan tanpa sedar. Dalam perjalanan masuk ke simpang tu aku dapat rasa bahang kepanasan dan di tiup angin. Ada angin pun masih terasa bahangnya seperti musim yang sangat panas di Malaysia suatu ketika dulu. Sesampai je aku dekat tempat tu, org yang jaga tempat tu tengok aku. Aku pun tgk dia. Aku tak nampak pun muka dia. Jenuh aku kerut dahi untuk jelaskan penglihatan aku. Apa yang aku nampak dia cuma menganggukkan kepalanya seperti mengizinkan aku untuk masuk ke tempat yang ada api tu. Aku pun dengan rela hati masuk ke tempat tu. Panasnya bukan main lagi. Berpeluh2 aku dibuatnya.

Dengan badan aku yang basah disebabkan berpeluh tiba2 aku terkejut dan terjaga. Mengucap panjang aku. Aku bermimpi rupa2nya. Mimpi yang indah aku harapkan tapi mimpi yang menakutkan menjelma dalam tidur aku. Syaitan Nirrojim betul la. Buat aku cuak je. Sedang aku menekup muka dan lap muka aku yang basah tu, aku termenung seketika dan bertanya, "kenapa aku mimpi macam tu? tak kan sebab aku nak buat lagu dan diberi tajuk Simpang Neraka aku dapat mimpi menakutkan?" Aku berfikir sampai ke hari ini. Untuk menyedapkan hati sendiri, aku berkata dalam hati. "Ini semua mainan syaitan. Cilaka betul!" Aku pun baring dan terus sambung tidur dengan nyenyak sekali.

*Mimpi itu mainan Syaitan*

Tuesday, February 3, 2009

Aku rasa macam nak masuk PLKN...

Tarikh 31 Januari 2009. Pada mulanya aku fikir satu tarikh yang akan membuatkan aku rasa bosan untuk ke Kem Bina Semangat kat Kuala Kubu Bharu. Pergi pun 2 hari 1 malam. Tak menarik langsung. Apa yang aku dapat dalam masa 2 hari tu? Dah la pagi2 buta aku kena bertolak dari kolej aku. Hangin je satu badan aku rasa.

Tidur tersengguk sengguk perkara biasa bagi aku. Kalau dah ngantuk, naik pulak bas memang hangguk kepala je la. Budak2 lain sibuk ambik2 gambar dalam bas. Nak join macam tak terlarat. Lantak la diorang.

Sesampai je tempat yang di tuju, aku baru tau kem tu sekali dengan tempat pelatih2 PLKN melatihkan diri mereka. Menarik jugak la tempat tu. Org kata pelatih2 PLKN ni boleh pegang senapang. Berlatih macam mana pegang dan gunakan senapang. Memang sgt menarik. Best betul kalau aku pun boleh turut serta. Senang aku nak pegang senapang. Mana la tau kot2 berperang ke.

Aktiviti2 di kem ni banyak menguji diri dari segi mental dan fizikal. Walaupun cuma 2 hari saja aku berada di sana, banyak benda yang dapat aku pelajari sepanjang 2 hari tu. Sepanjang menyertai kem ni aku dapat belajar macam mana untuk mengawal perasaan marah, mengawal emosi yang tak menentu, menjadi pemimpin yang baik, berfikiran positif, menjadi seorang yang lebih berani, hadap segala kesusahan yang bakal ditempuh, menjadi org yang bertolak ansur, tak mementingkan diri sendiri, kerjasama antara satu sama lain dan yang paling penting memperoleh kesabaran yang tinggi dalam diri. Tapi tahap kesabaran manusia ada hadnya. Jangan main2 dengan kesabaran manusia.

Apa2 pun, sangkaan aku meleset pada awal pemergian aku ke kem ni. Aku tak pun rasa bosan malah rasa seronok sampaikan aku rasa nak tinggal di sana dengan pelatih2 PLKN. Kenapa la dari dulu lagi tak di usulkan latihan PLKN ni? Aku rasa macam sangat rugi zaman aku tak ada PLKN ni.

Jadi kesimpulannya, sesapa yang rasa2 diri dia yang tengah dalam kecewa ke, marah ke, kesunyian ke dan yang memerlukan ketabahan dan muhasabah diri, sila la sertai kem2 yang macam ni untuk memotivasikan diri. Tapi terpulang la kepada individu. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih...huhu...


Bapak berat benda nih..!


Ni cara2 macam mana nak berenang


Aku kerah tenaga mendayung benda nih...


aha! nama dia Atok. Aku suke dia sebab dia sgt best. Misai je camtu tapi tak garang pon. Kelakar lagi ade..


Ni la dinamakan dukungan antara pensyarah dan pelajar..hah???


Keindahan yang aku buat sendiri.. :D




Antara keindahan yang ada dalam hutan Kuala Kubu Bharu

Ye! aku sgt letih...tata~