Thursday, June 11, 2009
Wednesday, May 13, 2009
Aku Sayang Kaki Aku
13 May 2009
Buat masa ni kaki aku memainkan peranan yang amat penting untuk aku berjalan, menuju ke destinasi dengan jarak yang agak meletihkan dan boleh mendatangkan kekebasan bila berdiri dalam jangka masa yang lama, dengan memakai kasut yang agak tinggi untuk memulakan kerja2 seharian aku. Adeh!
5.30 pm : keluar opis...jln kaki ke stesen komuter putra...agak jauh
6.45 pm : naik keretapi...bapak lama aku tunggu!....penuh cam sadin dalam tin jenama marina...
7.15 pm : baru dapat tempat duduk dlm keretapi
7.30 pm : sampai stesen batu 3...naik kereta...jln sesak kat batu 3...argh! dah la kaki aku sakit!
8.00 pm : gi makan kat singgahan rasa sorang2...lapar gila!
8.45 pm : baru sampai rumah bukit jelutong...
* Hari2 macam ni memang kering terus kaki aku...tapi tak apa...terpaksa harung jugak...lama2 biasa la... ^_^

Saturday, April 4, 2009
Hari ini hari....
Hari ini hari sabtu. Aku berada di Seremban. Tak banyak aktiviti yang ada di sini. Kawan pun tak ada. Sorang dua saja. Tu pun mereka dah berkahwin. Yang ada pun yang tak berkahwin. Tapi dia tiada di sini. Di ke Johor bertemu kekasihnya di sana. Cuma tinggal aku saja. Ya. Aku tidak ramai kawan di Seremban ni. Mungkin sebab dari kecil sampai dah meningkat dewasa macam ni aku dibesarkan, dididik dan disekolahkan di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Itu sebabnya aku tiada banyak aktiviti di sini melainkan membantu mak aku buat kerja2 rumah. Agak beku juga kepala otak aku ni bila tidak bertemu dengan kawan2. Ah! sangat membosankan! Apa yang perlu aku buat, cuma makan, menonton tv sambil mengunyah coklat dan tidur. Beku...beku...tak berjalan otak aku.
Sambil aku mengupdate blog ni, aku sedang menunggu cerita orang putih yang akan disiarkan sebentar lagi di saluran 412 Cinemax. Tajuknya Snakes On A Plane. Menarik juga ceritanya aku rasa. Aku belum pernah lagi menonton cerita ni dan aku tidak tahu jalan ceritanya macam mana. Tapi aku dapat bayangkan ketika kita sedang melayan mimpi indah tiba2 ular gigit mulut kita yang sedang menganga menikmati tidur yang enak. Tak pun ketika sedang melabur tiba2 keluar ular dari lubang jamban dan gigit anu kita. Fuh! Agak2 sakit tak? Bukan setakat seekor dua ular saja. Beratus ular dalam kapal terbang. Mungkin beribu.
Itu saja la aktiviti aku di sini. Sungguh membosankan. Malam karang sudah semestinya mak aku nak menikmati konsert Akademi Fantasia 7. Lagi la membosankan. Terpaksa aku mengadap sekali rancangan tu. Ye la. Tv ada 1 saja. Laptop pun tak ada. Kalau ada laptop pun bukannya boleh melayari internet pun. Haih! Inilah kehidupan aku yang agak membosankan bila aku balik Seremban. Bila aku cerita pada sesiapa kehidupan aku di sini, semua macam tidak percaya. Ah! Lantaklah orang nak kata apa.
Jadi, tibalah masanya untuk aku menimati cerita yang aku tunggu dari tadi. Snakes On A Plane! Chow!

Saturday, March 21, 2009
Minggu lepas di Utara minggu ini di Selatan
Aku rasa agak lama aku tak update blog aku ni. Sudah sampai 3 minggu lamanya. Agak kekok juga untuk aku menaip sebab sudah lama tak menaip dan sudah tak ada idea. Aku tak tau nak taip apa. Yang aku tau, aku sekarang berada di Masai, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buah aku. Kepada kamu, aku sudah sampai di sini. Aku harap hari esok aku akan selamat sampai ke tempat asal aku. Kamu doakan saja tiada apa yang berlaku pada aku esok hari.
Berbalik kepada Masai. Pada aku, tiada apa pun yang menarik perhatian aku di sini melainkan 2 benda menarik di hotel yang tak aku tahu berapa bintangnya. Yang bestnya semua saudara mara aku akan bermalam di hotel ini. Aku jangka malam ini akan riuh la hotel ni dengan gosip2 liar yang akan dilemparkan oleh mereka. Mungkin ya mungkin tidak. Kita lihat sahaja suasana di hotel ini pada malam hari nanti. Ke'best'an yang kedua, aku dan rakan serumah aku merangkap sepupu aku boleh melayari alam maya selama mana yang kami mahu. Ada wifi dan kami duduk sebilik. Agak2 apa akan jadi antara aku dgn rakan sebilik aku ni?
*rakan sebilik aku sedang tidur ketika ini. Satu pesanan ringkas untuk dia. Mengalah saja. Orang mengalah selalunya menang. V kan ada. Mungkin V 18 ratus kali lebih hebat dari mereka yang lain.*
Perjalanan aku jauh lagi minggu ni. Nak kata aku bercuti, boleh la dikategorikan bercuti. Minggu lepas aku ke belah Utara iaitu Penang. Seperti dilihat entri aku di bawah entri ni, Vermillion akan beraksi di Penang. Tapi itu semua tak menjadi kenyataan. Nama saja tertulis pada flyer di bawah ni. Harapan kami hancur untuk beraksi di sana disebabkan ketidak siuman dan kesengetan otak organizer gig tersebut yang tidak sepatutnya berada di kepala dia. Otak dia seharusnya di tempatkan dikepala lutut dia. Paling tidak pun dikeluarkan otaknya dan dipijak beramai2 untuk memberi kesan yang lebih mendalam dan menusuk kalbu. Setelah aku mengeluarkan kuasa super saia aku kepada organizer tersebut, aku dan ahli kugiran beserta crew2 kugiran aku yang lagi satu pun beredar dari tempat dan memangkah serta merta bayangan rupa organizer yang tak berguna. Kami menganggap perjalanan ke Penang hanyalah satu percutian untuk kami yang otaknya berat dengan bermacam masalah masing2. Dan aku dapat bergembira bersama kekasih hati aku kerana dia pun ada sekali. Ya! Aku sangat gembira! Pertama kali aku dan kekasih hati aku berjalan sampai ke Penang. Tapi bukan berdua sahaja. Bersama ahli2 kugiran aku yang lain juga.
Kalaulah aku tau perkara macam ni akan berlaku, aku ikut saja kekasih hati aku ke Food Festival yang bertempat di Indoor Sport Arena (PISA), Pulau Pinang, yang mempamerkan berbagai jenis makanan, pertandingan dan macam2 lagi. Sungguh aku tak dapat bayangkan betapa enaknya makanan2 di sana. Tapi apa boleh buat. Bukan aku yang menentukan perkara begini bakal dan akan berlaku.
Satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku ketika kami dalam perjalanan ke Ijok, Kuala Selangor untuk ke rumah salah seorang ahli kumpulan kugiran aku. Kereta crew kami terbabas dan terus naik ke atas pembahagi jalan. Kawasan di situ memang gelap. Tiada lampu. Tapi alhamdulillah tiada nyawa yang melayang. Nasib baik kereta tersebut tidak terbalik. Kejadian berlaku betul2 di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan Sabak Bernam tak silap aku. Itulah dia bahana yang kami dapat. Tak tahu mana silapnya. Tunggu punya tunggu punya tunggu sehingga lebih kurang 3 jam, akhirnya lori angkat kereta pun sampai. Lega......
Jadi, apa yang dapat aku pelajari dari semua yang berlaku ni, hanyalah berhati2 bila mendapat ajakan dari mana2 organizer, sentiasa berhati hati di jalan raya, Dan...bercuti bersama kekasih hati sangat BEST!
*gambar akan di upload tidak lama lagi... ^_^

Thursday, February 26, 2009
Stop Israel di Penang

Vermillion akan bertemu dengan orang2 Penang tidak lama lagi. Sesiapa orang Penang sila la saksikan kami dan band2 yang lain beraksi. Datang beramai ramai memeriahkan lagi majlis ni. Orang dari negeri lain pun boleh datang. Tapi, kenderaan, tol, minyak, makan, minum, tempat tinggal dan lain2 adalah sendirian berhad. Harap maklum. :D
~Pakat mai ramai2..!~
Tuesday, February 24, 2009
Selangor vs MyTeam

Aku pun tak ingat bila perlawanan ni berlangsung. Dah seminggu yang lepas kot. Tapi seingat aku pasukan Selangor asyik kasi bola kat angin je. Pastu asyik pas bola kat pihak lawan. Bosan sungguh perlawanan kali ni. Bazirkan duit aku je walaupun harga tiket RM 10. Dah la depan kami ni ada sorang mat saleh. Tah apa la yang dia kutuk dalam hati dia agaknya eh. Dari apa yang aku perhatikan, dari raut wajah dia macam tak sabar untuk keluar dari stadium shah alam tu dengan sepantas kilat. Aku tengok muka dia dah naik bosan dah tengok pasukan2 Malaysia ni main bola. Siap menguap banyak kali lak tu. huh!
Dengan melihat riak wajah kami dalam gambar ni pun dah nampak yang perlawanan kali ni bosan tahap cipan sampaikan rakan kami merangkap jurukamera yang bertauliah menangkap gambar kami dari tepi padang ketika menunggu satu jaringan gol dari pasukan Selangor. Tapi hampeh je aku tengok. Banyak yang hampir2 masuk je tapi tak masuk2 jugak. Haih la Selangor! Selangor lawan Perlis hari tu lagi best aku rasa. Walau macam mana pun aku tetap support Selangor kot..huhu...
Masa ni jugak la untuk aku gembirakan hati aku yang tengah duka lara masa tu. Nampak je senyum lebar macam kerang busuk. Nampak je muka macam tak ada masalah. Tapi aku dan dia je tau apa yang terjadi pada petang hari tu. Sangat pedih jugak. Ni je cara untuk aku tergelak besar dengan menonton perlawanan yang tah apa2 ni.

Apa2 pun kami buat2 gembira je setelah pasukan Selangor kalah ditangan pasukan MyTeam. Boleh tahan jugak permainan pasukan MyTeam. Ni la muka2 yang tak puas hati. Emosi aku lagi bertambah masa ni.
Lepas ni aku aku rasa la, stadium shah alam lagi ramai dari sebelum2 ni. Sebab apa? Sila rujuk bintang di bawah.
*Kita nantikan ~ Selangor vs Kelantan ~ tidak lama lagi.....
Amacam?? hehe...
Monday, February 16, 2009
KOTA SEMUT
Aku dan kwn2 aku mencadangkan untuk mewujudkan kota semut kepada pensyarah kami. Tu baru cadangan tapi tak tau lagi diluluskan oleh kerajaan ke tak. Kami bersengkang mata untuk menyiapkan model ni. Rasa macam jadi arkitek pulak tapi arkitek menggunakan bahan2 yang lebih detail dari bahan2 kami ni. Nampak sempoi je barang2 yang kami guna tapi masa untuk menyiapkan model hanya dalam masa 3 hari macam tu. Dia punya letih jangan cakap. 2 hari jugak la aku tak tidur.

Ni la dia benda yang membuatkan kami tak tidur malam. Nampak je senang nak buat kan? Nampak je macam tah apa2 tah kan? Tapi nak buat benda ni sangat la susah. Aku terpikir arkitek2 yang kat luar sana macam mana diorang buat model2 yang susah2. Gila la! Kami pun merangkak rangkak nak buat benda ni dengan hanya menggunakan pencunkil gigi, span basuh pinggan, tanah liat, surat khabar, kertas keras, tanah, pasir, batu dan macam2 lagi. Tapi agak menyeronokkan jugak nak buat model ni. Selama dlm proses buat ni memang ada tekanan tapi cuma sedikit. Lawak jenaka dan gelak ketawa menjadikan kami lebih semangat untuk menyiapkan model ni. Dan yang paling penting ianya dapat mengeratkan lagi sillaturahim antara kami berlima.
Benda ni untuk presentation kami dalam subjek Attraction Management sebenarnya. Jangan harap la kerajaan nak tengok benda2 yang tak munsabah macam ni. Ni cuma khayalan kami semata mata. Beyond an expectation. Tu la yang pensyarah kami mahukan. Ni la jadinya gabungan pemikiran yang karut marut pelajar seramai 5 orang. Tapi kami sangat berbangga dengan diri kami sebab dapat menyiapkan model ni cuma selama 3 hari dan tak tidur selama 2 hari. Dan kumpulan kami dengan kumpulan lagi 1 yang mencadangkan dunia peperangan paintball adalah 2 kumpulan yang paling terbaik dari 5 kumpulan dalam menghasilkan khayalan karutan sendiri. Amacam? hehehe....
Jadi, sesiapa yang rasa 1 universiti dengan aku. Yang sedegree dengan aku dan yang sejurusan dengan aku, bersiap sedia la dengan semester akhir yang akan korang tempuh. Tambah lagi dengan subjek Attraction Management. Turn korng pulak la yang jadi macam kami. hehehehe.... ^_^

Subscribe to:
Posts (Atom)