Sunday, December 14, 2008

.........

Dikala mendung disiang hari, hati aku sebak dan menangis sambil bertanya didalam hati.

Sedang aku merehatkan badan, mengenang nasib, memikirkan banyak hal dengan perasaan yang sebak, tiba2 satu cecair yg suam2 kuku mengalir dibahagian tepi pipi. Dgn tidak dapat menahan kesedihan dan airmata berjujuran, aku menekup muka dengan bantal. Pada ketika itu aku memikirkan apa yang telah terjadi pada diri aku. Aku memikirkan apa yang aku telah lakukan sejak akhir2 ni. Aku memikirkan perasaan aku dan perasaan org lain. Aku tidak tahu kenapa. Aku rasakan sesuatu telah melanda diri aku.

Sejak akhir2 ni aku rasa diri aku bahagia. Bahagia hingga tak dapat diceritakan. Memang aku mahukan kebahagiaan ni terjadi sampai bila2. Sampai hujung nyawa aku mungkin. Tapi dlm masa yang sama aku takut untuk bahagia lagi kerana mungkin kebahagiaan ni hanyalah untuk sementara waktu. Ianya cuma terjadi pada masa2 yang tertentu saja. Aku takut untuk mengecapinya kerana aku tahu, ianya tidak akan berlaku selamanya. Dan akhirnya, aku akan rasa seperti seekor burung yang sedang terbang bebas dan sedang menikmati udara segar akan ditembak oleh penembak dengan senapang patahnya.

Sambil berlinang airmata, sambil mengeluh panjang dan sambil aku mengingati seseorang, aku bertanya pada diri aku sendiri. Apa yang sudah aku lakukan dan apa yang patut aku lakukan selepas ini? Bagaimana untuk aku menggambarkan perasaan aku ni? Bagaimana untuk aku luahkan segala apa yang terbuku dlm hati ni? Pada siapa untuk aku luahkan? Adakah org itu boleh mendengar dan menerima segala luahan hati aku? Banyak lagi persoalan yang ada dalam benak jiwa aku. Apa yang patut aku lakukan adalah...berfikir, berdiam diri dan serahkan kepada takdir. Hanya itu saja yang mampu aku lakukan. Tidak mampu aku lakukan lebih dari itu.

Ketika sedang aku mengingati seseorang, perasaan rindu tiba2 dirasai. Diringi linangan airmata, hanya ini saja yang mampu aku katakan kepada dia....Ingin Aku Memeluk Kamu Dan Ucapkan Maaf......

1 comment:

Anasir said...

some things are best left unsaid..