Friday, December 12, 2008

Tentang Seseorang

Berkenaan seseorang yang dengan tidak sengajanya telah disayangi dan dikasihi dengan ikhlas dan jujur oleh insan yang menyayanyinya walaupun pertemuaan dalam jangka masa yang tidak dapat digambarkan. Tetapi insan yang menyayanginya itu tidak dapat ditunjukkan dan diluahkan sayangnya melalui kata2 kerana satu kekeliruan dan ketidakpastian telah melanda diri dan sekiranya sayang itu dipupuk, mungkin ianya akan jadi bahagia atau mungkin sebaliknya.

Ya, sebaliknya. Mungkin akan jadi sebaliknya. Seseorang itu mungkin akan dikecewakan oleh insan yang menyayanginya. Dan sesiapa sahaja yang dekat dgn dirinya juga mungkin akan terkena tempiasnya. Dengan faktor2 yang tidak dapat dielakkan dan secara terpaksa, insan itu mungkin akan mengecewakan seseorng itu. Insan itu akan merasa dalam dilema dan merasa dirinya patut dipersalahkan apabila seseorang itu dikecewakan.

Mungkin suatu masa nanti, seseorang itu akan menjumpai seseorang yang dapat menerimanya seadanya dia. Insan yang menyayanginya itu akan berasa sangat gembira dan bahagia sekiranya seseorang itu menjumpai apa yang dihajatkan dan diinginkan. Tetapi, tidak dapat digambarkan betapa sedih dan pilunya insan itu kerana tidak dapat membahagiakan seseorang itu dengan sepenuhnya walaupun sayang dari dirinya untuk seseorang itu sangat mendalam.

Walau apa2 pun, setiap pertemuan mungkin berlakunya perpisahan dan mungkin tidak. Mungkin pertemuan itu mendatangkan kebahagiaan dan mungkin mendatangkan kekecewaan. Dan pertemuan itu mungkin akan berakhir dengan satu hubungan yang sangat bahagia hingga ke akhir hayat dan mungkin tidak. Pertemuan juga akan membuatkan diri sendiri menjadi keliru hinggakan boleh mendatangkan ketidakpuaasan hati.

Memang betul ungkapan, kebenaran adalah sesuatu yang teramatlah pahit untuk ditelan walaupun terpaksa. Mungkin insan yang menyayangi seseorang itu akan "membunuh" dirinya sendiri kerana telah mengecewakan seseorang itu dan orang2 yang berada disekelilingnya.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan insan itu terhadap dirinya dan juga perasaan terhadap seseorang itu...




6 comments:

Anasir said...

saya rasa kalau awak letak tajuk 'Insan Ini Dan Seseorang Itu' lebih sesuai..

Tentang Seseorang macam tajuk lagu indon jer..

:)

cOrPsE said...

hehe...
memang amik dr tjuk lagu tu pon...

H said...

hang in there...
biar mase yang tentu kan hala tuju sesuatu.
jangan terburu2 buat keputusan.
pikir masak-masak tiap keputusan yang bakal di buat.

adui kaz...
maap kalu berselirat otak.
aku dok sini dendiam la jadi pemerhati.
oke?

cOrPsE said...

yup..yup...yup...

nk masak telo la ciki..lapa nih..
huhu

Fareenz said...

ermm..

kena sebijik kat muka fara la aca..

dem!

hahaha!!

sama2 kita doa yer..

cOrPsE said...

yeah!

same la kite...huhu